Monday 9 January 2017

Minggu Kedua 2017

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sungguhlah aku tak istiqamah dengan blog ni. hahahaha. Tapi buat sesiapa nak tahu latest cerita daripada aku, leh gi account facebook aku. Takpun kat twitter ke kat insta ke. hahaha. Pejam celik, pejam celik dah masuk 2017. Currently tengah tungguh masuk kuliah semester 8 bulan Februari nanti. Sementara tu, lepas habis praktikal kat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dari Julai 2016 sampai Oktober 2016, aku sambung lagi kat situ untuk siapkan kajian. Doakan urusan aku dipermudahkan.


Perjalanan 2016 yang sangat menarik bagi aku, membuatkan aku buat sasaran untuk dicapai dalam tahun 2017 ni. Aku tahu, aku ni siapa lah pulak nak buat target2 ni, tapi aku yakin, dengan meletakkan target, aku akan berusaha dengan lebih cemerlang dan lagi kuat. Sebenarnya aku taktau nak taip apa. hahahahaha. Otak tengah blank, rehat dari tengok data2 kajian. Pening. 

Esok, genap setahun wan pergi. Ni kalau aku taip untuk bercerita ni kang, tak pasal2 aku meleleh kat ofis ni kang. Cukup dipendekkan cerita, aku takmau menjadi seorang yang bodoh lagi. Bodoh yang macamana? Bodoh yang taktau menghargai masa disisi bersama orang tersayang. 

"In every relationship, there is commitment." 

Walaupun kau seorang anak. kau ada komitmen kat mak ayah kau. Walaupun kau kakak, kau ada komitmen kat adik-beradik kau. Komitmen yang macamana? Komitmen masa, komitmen tenaga, komitmen kasih sayang, komitmen doa, dan macam2 komitmen lain. Walaupun kau hanya kawan, kau ada komitmen dalam memastikan silaturrahim yang kau jalinkan tu takkan terputus. Nampak remeh, tapi ini yang buat aku tertampar bila wan meninggal dunia tahun lepas.

Satu perbuatan bodoh yang takkan pernah aku lupa sampai aku mati, aku ada gap 10 hari masa minggu exam semester 5, sebelum paper last, mama suruh aku balik, aku bagi alasan apa ntah, salah satunya, sebab aku nak balik terus lepas habis paper exam, bukan waktu gap tu. Sampailah 2 hari sebelum paper exam last tu, baru aku nak balik rumah. Masa tu wan dah nazak. Hari tu hari Sabtu, jadinya hari Ahad tu aku plan nak balik sebab paper last hari Isnin. Takdir Allah, wan meninggal maghrib Ahad tu, aku otw balik tanjung malim masa tu. Aku fikir. Kalaulah aku tak balik langsung antara gap tu, memang aku menyesal seumur hidup aku. Mana janji aku nak jaga wan hingga nafas terakhir? Masih terkilan sebab tiada di sisi wan masa wan hembus nafas terakhir, tapi andai aku ada kat sisi wan masa tu, aku pun taktau nak atasi emosi aku masa tu.

Semoga aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik di sekeliling aku, dan menjadikan aku seorang hambaNya yang lebih baik. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment