Monday 6 June 2016

bila cuti

sekarang tengah study week.
most of degree students went back home. plus it is the first ramadhan. siapa pulak takmau balik cuti kat rumah, berpuasa bersama keluarga. pelajar diploma pulak baru mula kuliah. haaaaa. kena sangatlah tu. kebetulan awal ramadhan jatuh pada study week. maka, berbondong-bondonglah pelajar UPSI balik ke kampung halaman dari minggu lepas. Aku antara yang terkandas kat KHAR ni.


Pada aku, memang best bercuti balik rumah. tak dinafikan. tapi aku prefer stay. taktau nape. dari zaman sekolah menengah lagi. Selalunya masa cuti, aku antara yang tak balik walaupun rumah aku dikategorikan rumah dekat (kat negeri sembilan). Andai kata aku nak balik pun, aku antara yang lambat balik. Mungkin alasan nak jaga asrama kot. hahahahaha. Lagi satu teman pelajar Thailand. Kesian dorang kalau aku balik. Tapi masa matrik lain sikit. Setiap minggu nak balik. hahahahaha. Yelah, rumah dekat betul. So selalulah balik.

Dah masuk UPSI ni, baru terasa jauh sikit. jadinya, kena fikir bebanyak kali dulu sebelum balik. aku pun taktau kenapa aku suka balik "mengejut" dari balik masa cuti. Waktu sem 5, masa tu paling banyak kali aku balik rumah, sampaikan dalam masa 2 minggu, 3 kali aku balik rumah. Dulu boleh dikira, kalau aku balik ada sebab spesifiknya. sekarang...ada sebab kalau nak balik, cuma taklah sespesifik dulu. huhu. Kalau cuti midsem ke atau cuti sem, waktu semester 2 je aku balik awal. yang lain aku mesti balik lambat. kalau dikategorikan antara yang bertapa dekat KHAR waktu cuti tu. Mungkin semangat nak tolong orang tinggi kot. hahaha. Yelah, kalau orang balik lambat nih, akan selalu diminta tolong angkatkan barang, tolong hantarkan ke ktm, tolong hantarkan ke stesen bas. For me, it was fun!

Cumanya, satu yang aku tak suka pasal cuti nih. Cuti yang "dibuat-buat". Kadang tu sampai nak bergaduh kalau nak tetapkan tarikh kalau melibatkan aktiviti satu kelas besar. Kalau aku,aku tak kesah kalau kena korbankan "cuti" atau perasaan nak balik bila melibatkan assignment atau bengkel atau kelas. Ada classmate aku, bila dibawa bincang tarikh nak buat sekian2, dorang cakap taknak hari jumaat (sebab nak start balik), sabtu (memang dah nak balik). pfffft. come on lah. dah sem 6 kot. masih lagi taknak tolerate sebab nak balik? je? bukannya tak bagi balik, cuma balik lewat sikit je. tapi kewujudan kau ada ke takde, sebenarnya sama je. hahahaha. tu lah, dah besar panjang,mahu rengek pasal balik tak balik. kau dah habis sem 8 nanti, pi lah kau "bercuti" lama kat rumah.

even masa lecturer aku suruh cari tempat praktikal pun, dia nasihat benda yang sama. Kalau cari tempat praktikal sebab senang nak balik, nak "bercuti"..cukup2lah. Nak duk rumah lelama bila dah lepas sem 8 nanti. hahahahaha.  deep kot. yelah masa tu tanam anggur.

Tapi aku sangat respek siapa yang duk jauh2, yang tak selalu balik. Mesti dorang selalu menahan hati bila sentuh bab cuti ngan balik rumah ni. Sebab tu salah satu sebab aku jarang nak balik masa cuti ni sebab nak teman orang yang duk jauh ni lah. Kena empati. Kawan yang baik kena ada ketika dia senang dan ketika dia susah. Aku paling tak suka bila geng2 rumah dekat (yang selalu balik ni), "menunjuk-nunjuk" yang dorang nak balik kat geng2 rumah jauh ni. Kejamnya.

tapi seriously, masa cuti, kat SMAPK ke, kat KMNS ke, kat UPSI ke, bila aku stay tak balik, macam2 mende aku boleh buat. hahahaha. Kadang tu di luar perancangan. Dan semua tu, dijadikan memori untuk aku kenang sampai bila2. acheewwaahhh. oh lupa. pernah sekali tu, disebabkan ada geng yang tak balik rumah, aku pun pelawa lah dorang untuk balik ke rumah aku sekejap. Yelah, aku pun jarang bawak orang balik. At least, dapatlah bantu dorang mengubat kerinduan pada rumah dorang kat kampung.

k. dah bebel panjang. selamat berpuasa!
Ramadhan Kareem!

No comments:

Post a Comment