Thursday 16 November 2017

It is November already!

Assalamualaikum...hai blog!

Setelah sememangnya tidak istiqamah dalam berblogging, ni saja ja aku nak menulis. Aku tengok post terakhir masa Januari lepas. Cepatnya masa berlalu, dan aku tak dapat bayangkan macamana aku harungi 10 bulan yang lepas. Dalam masa 10 bulan ni, macam-macam lah yang berlaku. Antaranya aku dapat siapkan FYP, dapat print thesis, habiskan degree, dapatkan result degree, alhamdulillah first class degree, dah konvo dah pun!

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah!

Aku tahu, aku tidak akan dapat lalui semua ni tanpa doa-doa orang di sekeliling aku. Aku tahu, kalau malas aku berpanjangan, tak nak berubah, tak nak mulakan langkah pertama, aku takkan berada di tempat yang aku berada sekarang. Aku tahu, tanpa didikan dan bimbingan dari mama ayah, para pensyarah, kawan-kawan, aku mungkin lagi sesat di dunia khayalan aku.

Aku tahu aku ni ada kelebihan yang Allah bagi, cuma bila penyakit kemalasan melanda, kelebihan yang ada menjadi sesuatu kekurangan dari diri. Kadang kawan aku mungkin pelik, aku ni selalu main game, macam takde kerja nak buat, selalu tidur, tapi percayalah, setiap korang rasakan aku buat macam tu, ya, memang aku buat benda-benda tu semua, hahahaha, cumanya, aku pun ada saat muhasabah aku.

Masing-masing ada satu ketika dipanggil "saat-saat muhasabah" masing-masing. Saat muhasabah ni sangat diperlukan ketika kita leka, lalai dan hanyut dari landasan sebenar, kenapa aku masih belajar di universiti. Selalunya saat-saat muhasabah ni berkaitan dengan keluarga. Kalau kes macam aku, bila saat aku kesempitan duit, aku akan ingat mama ayah dan keluarga yang berhempas-pulas bekerja cari rezeki. Nak dibandingkan dengan aku, hanya perlu pergi ke kelas sahaja, buat tugasan, siapkan FYP, duit pinjaman pun ada, duit belanja pun parents bagi, yang mana, kerja aku jauh lebih "mudah" iaitu teruskan belajar. 

Ada ketika, aku rasa macam bodoh sangat sebab tipu diri sendiri. Tipu apa? Tipu yang kononnya aku ni banyak masa, padahal banyak masa terbuang untuk menghiburkan diri dengan hiburan yang bersifat sementara. Sampai satu tahap tu, nak cerita kat mama, rasa serba-salah sebab tak manfaatkan masa dengan baik tu menggunung, tak terluah nak cerita, cuma selalu minta doa kat mama ayah, untuk doakan urusan seharian aku dipermudahkan. Sebab tu rasanya, sesulit mana pun yang aku rasa, berkat doa mama ayah, aku rasa senang selesaikan urusan aku. Itu salah satu saat muhasabah aku.

Lain orang, lain pula saat muhasabah yang dia rasa. Ada orang, bila ditimpa kemalangan, baru rasa menyesal bertimpa. Ada orang, bila mendapat khabar kematian, baru tersentak di dunia nyata. Ada orang, bila tahu keluarga hanya makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau tiada kais untuk makan, baru hargai makanan dan duit belanja yang ada. Ada orang, bila tahu ibu bapa sakit kerana terlalu berusaha cari duit untuk sara hidup, baru sedar pengorbanan orang tua.Ada orang, bila result jatuh, tak dapat dekan, baru rasa pentingnya pointer untuk dapatkan ijazah kelas pertama.

Kalau ada antara yang baca ni masih lagi tiada saat-saat muhasabah, cuba cari satu. Mungkin boleh mulakan dengan adanya niat. Sebab dengan niat, itulah antara penguat di masa saat-saat muhasabah kita. Kita berjaya hari ni, bukan kerana usaha kita seorang. Tapi dengan pengorbanan yang orang lain buat untuk kita.

Aku ingat lagi, bila aku tahu ada yang nak pergi haji atau umrah, beriya aku minta tolong mereka doakan urusan aku dipermudahkan. Berjaya atau tidak itu rezeki Allah bagi. Doa aku, semoga bila urusan aku dipermudahkan, setidaknya, ada usaha aku sedang curahkan. Aku akan cari orang-orang yang mempunyai masa dan berada di tempat yang mustajab doanya. Selalunya minta kat mama ayah, minta kat pensyarah-pensyarah, orang yang berada kat Mekah Madinah, orang yang sakit dan orang yang bermusafir. Masa aku buat prebet pun, aku minta juga doa pelajar yang aku bawa masa tu. Punya desperate mohon doa orang. hahahaha.

Aku nak ucapkan terima kasih buat yang sudi doakan aku. Mungkin di mata korang doa itu adalah satu kata-kata, tapi bagi aku adalah kunci pintu keluasan rahmat Allah. Buat yang mendoakan aku secara diam-diam, hanya Allah sahaja tau siapa orangnya. Terima kasih juga kerana mendoakan yang baik-baik untuk aku. Aku berani kerat kaki, aku berada di tempat aku sekarang kerana doa-doa orang yang mendoakan aku.

Akhirnya, doakan perlajanan pengajian Master aku dipermudahkan Allah dan diberkatiNya!
Wallahua'lam, wassalam.






No comments:

Post a Comment