Wednesday, 25 May 2016

PANTASNYA MASA BERLALU

Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama jugak aku tak update blog ni. Kesian kesepian setahun lebih.
Aku pun tak banyak mende nak cerita, selalunya just update status fb ngan twitter je.

pejam celik, pejam celik dah nak habis semester 6 dah, semester depan praktikal, pastu tinggal semester akhir. Cepatnya masa berlalu. Aku ingat nak update lepas habis sidang. Tapi takut tak sempat pulak.

Tahun 2015 merupakan tahun yang paling mencabar pernah aku rasa. Kat UPSI, aku join Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2015/2016 masa aku semester 5. Orang kata dah pangkat senior dah, baru nak masuk. jawatan exco pulak tu. Bagi aku, ada sebab kenapa aku mohon Exco Biro Akademik dan Kerjaya, dan ada sebab kenapa aku masuk MMKHAR 15/16. Sekarang pun dah nak habis sidang dah, lagi berapa hari je lagi.

Tahun 2015 banyak ajar aku erti pengorbanan, kesabaran, ketabahan dan seangkatan dengannya. Tahun 2015 merupakan tahun yang aku rasa paling banyak merasai kehilangan. Kehilangan Muhaimin, jam tangan kesayangan. Bukan sebarangan jam, jam tawaf yang banyak nilai sentimental kat aku. Kehilangan Aswad. Dua kali. tapi Alhamdulillah jumpa balik. Aswad tu nama henfon aku. Yelah, henfon cikai je, tapi sentimental value kat aku tu sangat tinggi.

Tahun 2015 jugak, banyak kali "accidentally accident". Especially bila naik motor. 5 kali jatuh agaknya. Yang paling teruk, masa nak balik lepas kelas memandu tu, terjatuh kat bahu jalan sebab nak elak lopak air. Adeh. Bertongkat selama sebulan. Tak dapat nak duduk bersila. Nak bagitau family pun takut. Aku ingat lagi masa tu, aku rasa down gila. taktau nak down sebab apa, Mungkin masa tu karnival sukan kot. Yelah, masa karnival sukan ni lah kau nak berlari-lari, tapi kau pulak bertongkat. Terima kasih bebanyak kat Fatin, Asmirah, Siana, Yasmin, Muaz yang banyak bantu aku masa aku bertongkat tu. Pergi balik kelas ada orang bawakkan. Baik hati dorang.

Dan yang aku takkan lupa. Tahun 2015 jugaklah, wan makin surut kesihatannya. In the end of december, Wan dah tak banyak gerak dah. (nak cerita pasal wan ni, meleleh-leleh aku nak menaip). Takpelah, dipendekkan cerita, Wan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Januari 2016. Masa aku dapat tau berita tu, aku rasa nak meraung sekuat-kuatnya. Yelah, kau bayangkan, kau baru bertolak dari umah nak balik UPSI (bertolak ahad, sebab Isnin ada paper EL4), tetiba, kau dalam bas (tak sampai lagi UPSI), kau dapat kol berita wan dah takde, kau rasa? Aku rasa ralat sangat sebab tak berada kat sisi wan masa wan meninggal. dan aku lagi ralat, kalau aku tak balik langsung sampai lepas exam. Ajal maut semua Allah tahu bila. Terima kasih bebanyak keluarga Afiliasi yang sanggup hantar aku sampai ke rumah. Yelah, aku rasa aku pun tak mampu nak balik rumah sendiri waktu tu. Aku rasa sayu sangat masa uruskan jenazah wan.

Dan untuk sekian kalinya, tahun 2015, semester 5, pertama kali aku tak dapat dekan untuk result peperiksaan aku. dan buat pertama kali aku takde A solid langsung, paling tinggi pun A-. Keputusan result aku buat aku muhasabah, "camni ke result akademik seorang exco biro akademik dan kerjaya?" "perlu ke sampai jatuh mendadak macam ni?" aku tau aku sememangnya layak dapat result macam tu sebab aku tau performance aku macamana sepanjang semester 5.

Untuk semester 6 ni, aku harap ada sirna untuk aku memecut balik result PNGK aku supaya aku tak terbeban dengan hutang pendidikan selepas aku grad nanti. Tu jelah cerita aku yang serba ringkas. Nanti kalau aku rajin, aku akan cerita pasal keluarga AFILIASI aku pulak. AFILIASI tu nama sidang untuk Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashi Sidang 2015/2016.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment