bismillahirrahmanirrahim,
baru je habis paper English Language 2 semalam, maka dengan rasminya tamatlah sudah sem3 aku. Sekarang masih di Tanjung Malim, menikmati pemandangan sebelum balik bercuti, hahahaha.
Kalau ikut rancangan awal, balik 13hb, dijemput oleh mama dan ayah, tapi disebabkan mama ubah plan, jadi barang-barang aku dah dibawa balik dulu 8hb hari tu, ayah ngan arif ambil. Jadi it's up to me to decide when to go home. (berterabur bi aku, penangan EL semalam -,-). Jadi aku pun merancanglah rancangan yang terlalulah ad-hoc untuk dirancangkan. hahaha.
Al-kisahnya bermula bila Fatin bagitahu pasal plan untuk daftar jadi sukarelawan kat kelantan dalam misi pasca banjir. Asalnya dia bagitahu dari 13-17hb Januari. Aku pun telefonlah mama untuk minta izin nak join, aku siap tanya, kalau-kalau mama nak derma apa-apa ke untuk orang kat sana, pakaian ke makanan ke, apa ke. Mama cakap boleh je. Jadi, masa ayah ngan arif datang ambil barang aku, mama passkan barang yang nak dibawa ke sana, dan yang paling aku tak jangka, mama bagi duit belanja tambahan pergi sana. Adoi, duit yang hari tu pun aku tak guna lagi, bertambah pulak. (aku dah lah tak boleh pegang duit banyak-banyak).
Tapi klimaksnya bermula bila Fatin cakap yang misi pasca banjir tu, untuk semua MMK sahaja, tak buka pada penghuni (masa dia cakap kat aku tu la). Aku mula-mula cakap ok, takde hal sebab aku balik sendiri, bila-bila pun boleh. Tapi yang menjadi aku keberatan sangat sebab mama dah expect aku pergi sana, dahlah siap bagi duit belanja semua. Pening gaklah time tu. Last-last aku bagitahu Fatin pasal tu, dia minta maaf pasal tu, dan dia rasa serba salah (Takyah serba salah lah, aku yang patut serba salah). Jadinya aku pun taklah telefon lagi mama untuk bagitahu pasal ni.
Tiba-tiba ada post kat group fb pasal simposium dengan universiti dari Indonesia 13hb, dorang cari orang untuk jadi ajk. Aku pun terus bagi nama. Pastu ada announcement untuk join intervensi 12hb, tu pun aku terus bagi nama. Mengisi masa dengan pengalaman sebelum aku balik rumah ni. Itulah program ad-hoc nya. hahahaha.
Tiba-tiba ada post kat group fb pasal simposium dengan universiti dari Indonesia 13hb, dorang cari orang untuk jadi ajk. Aku pun terus bagi nama. Pastu ada announcement untuk join intervensi 12hb, tu pun aku terus bagi nama. Mengisi masa dengan pengalaman sebelum aku balik rumah ni. Itulah program ad-hoc nya. hahahaha.
Sampailah masa aku "revise" EL semalam, aku mesej Abg Chik. Mula-mula tanya pasal simpan barang, tiba-tiba dia cakap dia nak pergi kelantan. Aku tanya buat apa pergi kelantan. Pastu dia balas ada misi sukarelawan kat sana. Aku tanya under apa, dia cakap under Pro-Well Team Wellness Centre. Apa lagi aku tanya ah, boleh tak nak join. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Abg Chik cakap boleh. Aku bagi nama, no matrik, Ic semua-semua tu. Tiba-tiba aku nangis. Entahlah rasa syahdu, sedu-sedan, sedih, sayu macam-macamlah, taktau nak describe macamana time tu. Sebab rasa bersyukur sangat.
Dalam aku serabut fikir ayat macamana nak bagitahu mama, Allah hadirkan satu lagi peluang untuk aku ke kelantan. Sebenarnya, memang salah satu hajat aku untuk ke negeri-negeri yang kena musibah banjir sebagai sukarelawan untuk hulurkan bantuan. Tapi aku kena mencari peluang, macamana untuk ke sana. Alhamdulillah hajat aku ditunjukkan jalan oleh Allah. Abg Chik cakap, siapa yang bagi nama insyaAllah akan pergi. Dan yang paling aku rasa "wow", rupa-rupanya sekali pergi ngan team MMK dari 16-19hb ni. Allahu. sebak gila kot bila dapat tahu semalam.
"Rezeki Allah tu sangat luas.
Kadang-kadang ia datang dengan cara yang kita tak pernah sangka"
Semoga masa aku terisi dengan perkara yang bermanfaat. Doakan aku, doakan team UPSI yang ke kelantan untuk misi pasca banjir selamat pergi dan pulang semula.
Doakan juga untuk mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang duji dengan musibah banjir.
Al-Fatihah.
Doakan ya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment