Wednesday, 24 December 2014

ke SMAPK ke kita? part 2

aku sambung lah ya,

13 DISEMBER 2014
Disebabkan teacher farhana ada mengajak ke kendurinya bila aku datang SMAPK tempoh hari, maka aku pun pi lah post kat dalam group puteri, mengajak beramai-ramai. Plus, ustaz Bakru pun mengajak suruh pergi. Maka aku pun tanyalah siapa boleh pergi, most hanya kirimkan doa (alhamdulillah), ada yang kat oversea (memang taklah nak balik), jadi, geng-geng di Malaysia dan berkelapangan pergi, bersetujulah nak pergi sama-sama. Dan of course, akulah paling "jauh", tg malim kot (hahaha)


Aku pakat ngan ummi, ngan atiqah zaki, aku tau gak azma ngan afifah nak ikut, tapi tak expect syasya ngan ameerah ahmad. Tapi takpe. The more, the merrier. Mula-mula, ummi jemput aku di ktm kajang. Setelah "beberapa" tahun beb tak jumpa. Terus ke sekolah, tapi tak terus ke dewan sebab segan yang amat masa tu. Maka berkumpullah kami di depan kolam tepi lab kat bangunan sekolah. Allahu, makin cantik kawan-kawan aku, muka nampak matured "sikit" ah, tapi macam aku, kanak-kanak menebal lagi :P

Disebabkan masa tu nak dekat zuhur, maka berjalan kakilah kami ke masjid, sementara nak tunggu syasya dengan ameerah. Rindu sekali lagi nak solat di masjid. Tengah tunggu dorang, bersembanglah pasal diri masing-masing. Masing-masing mempunyai cita-cita yang perlu dicapai. Moga itu semua yang terbaik untuk kita. Lepas syasya dengan meerah sampai, berkonvolah ke dewan SMAPK. Sampai dewan je, jumpa cikgu Hashimah, masa salam tu, genggaman salam dia masih sama macam dulu, padu pegangan dia. Cikgu puji kami cantik (haha).

Ya Allah, masa tu segannya menebal, dorang tolak aku jalan dulu sebab teacher farhana yang jemput direct kat aku. (pulak dah). Tapi takpe, aku pun selamba jelah jalan. Mula-mula masuk salam ngan ibu teacher. pastu perasaan segan menerpa weh. Yelah, sebab taktau nak tuju mana. Maka, kami yang ada tu pun jalan-jalan keliling, tengok-tengok jumpa cikgu-cikgu. Allahu, rindu. Mula-mula nampak cikgu Musalmah, dalam banyak-banyak tu, dia ingat nama aku. (ni mesti kes aku selalu tidur kelas dia,haha). Pastu jumpa teacher Suhaila, teacher Rosnani, ustaz Shukri, sensei Fazilah, ustazah Zelawati (yang ni aku tak jumpa, sebab tengah hantar izzah kat kereta), madam Aisyah, ada juga nampak cikgu Maslan ngan cikgu Norohanida. 

Tapi yang peliknya pengantinnya tak jumpa-jumpa. (haha). Last-last bila teacher ngan suaminya keluar, cepat-cepat kitaorang kejar. Rupanya teacher belum solat zuhur lagi masa tu. Apa lagi bertangkap gambarlah di tempat kereta-kereta, motor-motor sebab masa tu cari tempat teduh, cuaca terik sangat masa tu. Yang tolong tangkap gambarnya Izzah, tapi masa tu dia nak balik dah.

Jumpa juga pelajar SMAPK yang lain, nampak gak Along, Angah, Hazirah, geng-geng putera, batch sebelum aku. Ramailah lagi. Rasa macam buat reunion pulak. Tapi part paling best, ada aiskrim kat belakang dewan weh. cam budak-budak kitaorang jadinya. (ngehngehngeh). Makanan kenduri teacher pun best, ada ikan keli. (woooooo~).

Pastu kitaorang pun merancang nak lawat ustazah Hasnah kat hospital kajang. Pergi punya pergi, rupanya ustazah dah discharge semalamnya. Tu lah akibat tak mahu bertanya. Padahal boleh je tanya cikgu-cikgu kat dewan tadi. ustaz Shukri ke. (hahahahahaha).

Rasa rindu tu terubat banyak sikit. tapi sedih sangat sebab tak dapat jumpa ustaz Bakru sebab ustaz datang sebelah petang. Kalau dapat jumpa ustaz, mesti banyak nasihat ngan peringatan dia bagi. Semoga ustaz dalam keadan baik-baik sahaja. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain.

jumpa juga si izzah ni.
adik biro kesayangan nih :3



kami bakal. anda?



seronok makan aiskrim!



nak balik dah time nih.



Barakallah alaikuma!
tahniah teacher Farhana dan ustaz Fandi.
semoga berbahagia hingga kesyurga-Nya!


maka, tamatlah marathon dua entri.

wallahua'alam.
Wassalam.



No comments:

Post a Comment