Tuesday, 23 December 2014

ke SMAPK ke kita? part 1

bismillahirrahmanirrahim,
adess, disebabkan bertangguh, ginilah jadinya, takpe2, aku nak tulislah nih.

meh sini aku mulakan,
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang atau lebih dikenali ngan SMAPK adalah tanah tumpahnya titik peluhku menuntut ilmu. (chewaah ayat). Betullah, aku masuk sekolah ni dari form 1 sampai form 5.

jadi untuk entri kali ni, nak cakaplah, untuk bulan november-disember dua kali aku turun SMAPK. Susah woo nak turun, bila dapat peluang nak turun ni, ya Allah bersyukur sangat. Ni yang aku ada kat Malaysia ni rasa tipis sangat peluang nak turun, apatah lagi kawan-kawan di oversea tu.



15 NOVEMBER 2014
Niat di hati memang nak turun SMAPK sebelum SPM habis. Salah satu sebabnya, aku nak jumpa adik-adik Thailand. Jadi beberapa hari sebelum tu, kawan aku ada post pasal program kat rumah anak yatim, area tempat tu, dekat ngan SMAPK, jadi aku pun ambil keputusan, alang-alang nak pergi ni, apa salahnya pergi program tu dulu, isi masa sikit. Aku ada mesej k.dayah, tiqah zaki ngan beberapa lagi, tapi yang dua orang ni jelah yang berkelapangan.

Jadi, di hari kejadian, aku pun bangun awal, yelah nak tolak dari tg malim kot,haha~ Dipendekkan cerita, aku pun berprogram tu sampai ke maghrib. Aku sampai SMAPK time maghrib, masa tu tiqah ngan nina (kakak alya husna) nak balik dah, k.dayah pun nak balik dah (cisss, datang sekejap je,haha~) Maka, berjumpalah dengan ringkasnya adik-adik f5 sekejap di musollah. berjumpa juga dengan junior lain, tapi ramai yang tak kenal, yang kenal pun takat f4 je. (baru aku tahu anis azrina yang mana.oooo..) Pastu bukalah majlis. Mula-mula tu segan beb. Yelah bape lama dah tak cakap depan orang (poyo sangat). Aku rasa janggal sikit sebenarnya,huhuhu~ Pas tiqah, nina ngan k.dayah bagi "ucapan", maka aku pun hantarlah dema balik. sedih tau, dahlah berapa tahun tak jumpa, bila jumpa sekijap je. 

Maka, aku pun bermalamlah di situ,mula-mula masuk dorm f02, dorm budak bising,hahaha~ cepatnya diorang membesar. jumpalah si fatornah, izzah, alfan, aisyah, sarah, sazrina, nurihan, hidayah dan adik-adik yang duk dorm tu lah. maka sesi bercerita pun bermula (acara wajib nih,hahaha..) tapi aku tak tidur situ, aku tidur f03. Aku mesej anis fateeha, nak katil. Dia suruh datang f03. Akupun pergilah, mula-mula masuk, aku bising (dahlah tetamu, bising pulak aku) asal tutup lampu awal. Rupa-rupanya ada orang sakit. Malam tu, aku tolong jaga orang sakit, sorang batuk, sorang demam. takpelah, sekali-sekala, apa salahnya. Malam tu, bercerita juga "sikit-sikit" ngan anis fateeha, tengok video sampai terlelap. Dah lama woi tak rasa sejuk dorm tu macam mana. Aku duduk katil bawah, asyik terhantuk je keje, sakit woi. (rindu punya pasal, aku redha :3 ).

Esok pagi tu subuh di masjid (Ya Allah,nak ungkapkan rasa rindu yang amat tu taktaulah nak cakap macam mana), lepas subuh, mathurat (rindu lagi), pastu ada tazkirah pendek ustaz shukri (rindu lagi). pastu ada "slot" hafazan, surah al-fajr, aku duduk ngan peah. Tengah syok-syok hafaz, dengar suara warden perempuan, masa ni tak bawak spec (bertuah sangat). Aku cakap ngan peah, aku tak nak toleh pandang warden tu, takut. (hahahaha~) Tapi ntah bila ntah, aku tertoleh. Warden tu, ustazah Atiqah namanya, tanya kat budak yang tengah tasmik bacaan, aku ni siapa. Aku dah cuak dah. Last-last aku pun pergilah kat ustazah tu. Kenal punya kenal rupanya, akak (ustazah) tu pun UPSI jugak, grad tahun 2012, subhanallah! Kecik tul dunia ni. Akak tu genggam tangan aku punya lah lama sepanjang aku bercakap dengan dia. Tapi masa tu disebabkan tak pakai spec, aku tak cam sangat muka dia. Last-last, aku minta izin nak balik asrama balik.

Yang lain ni pulak, asyik bertanya aku ke mana, dorang balik awal sebab ada kelas nanti. Dorang ajak aku makan kat DM, tapi aku rasa segan ya amat. Last-last makcik timah panggil kat court, aku pun jengah lah, dia ajak makan sekali. Menu hari tu, nasi lemak (rindunya!), maka cik timahlah yang sendukkan aku nasi, banyak woi dia letak, takpe aku makan jelah. Tengah syok-syok makan, alya ada tanya soalan, ntah kenapa, terkedu pulak, yang lain ni asyik berdehem. pekehe ntah. Lepas makan, maka aku pun lepaklah dengan syara kat f03 (sebab f5 ada kelas), dia pun banyak bertanya pasal psikologi. Ntah macamana ntah, aku pun pi lah sekolah ngan syara untuk tolong cikgu Hajar. Pastu kat bilik guru jumpa juga si surayya. Terjumpa teacher farhana, (muka beliau berseri-seri beb!) teacher jemput aku datang kenduri kahwinnya (wow!). Aku hanya mampu mengucap insyaAllah je masa tu.

otw masa balik tu, jumpa fatornah ngan peah, dorang cakap, most adik-adik thailand ada kelas akaun. adesss, sedih tau bila dengar tu. tapi takpelah kalau macam tu. Petang tu, bersembang lagi ngan azlina, humaira, fatin, izzati ngan adik-adik lain kat f03, aku masa tu masih taktau nak balik bila, masing-masing tanya pendapat nak buat apa cuti lepas SPM, tanya soalan yang merepek-repek (haha). Aku ada tanya gak alya pergi mana (yelah, tak nampak batang hidung pun), mungkin dia segan kot. Sambil bercerita, aku menulis juga beberapa "perutusan" especially untuk adik-adik thailand (sampai sekarang aku terkilan weh). Tengah syok-syok tulis, alya husna pun datang, terkejut aku (hahaha), aku pulak rasa segan, lepas cakap-cakap pendek, kurang sikit segannya. Lepas asar aku pun bersiap nak balik. Sebelum tu, jumpa anis fateeha, sampaikan barang "berharga" kat dia kat bilik pp, tunggu juga si alya habis solat, pastu tangkap gambar kat lorong public phone (takde keje)

Sebelum balik tu, aku ada cakap something dengan dorang, tapi aku sendiri pun taktau kenapa aku cakap macam tu, ilham dari Allah, terlafaz dengan izin-Nya juga. Dorang mesej aku, dorang sedih bila aku cakap macam tu. Tapi sumpah aku pun sedih weh. Aku balik ngan cikgu Hajar, cikgu hantar sampai ktm kajang (terima kasih cikgu!). Ntahlah, dalam keretapi rasa sebak sangat. dah sampai KHAR pun, masih sebak lagi. perasaan terlalu rindu kuat sangat kot. heh.

tangkap gambar kat cermin.


ni lah adik-adik dorm aku.
sebahagian je ni.
dah besar dah dorang.

adik-adik hebat nih.


ni lah dia alya husna.
after years.
ok ah ni, kan alya?
:3

ni adik biro kesayangan ni.
nampak tabah, tapi cengeng juga budak nih.
stay strong budak google!


ngan peah dan tornah.
sedih tak dapat jumpa adik-adik lain :'(

itu sahaja dari kami.
nah mulut bercahaya sedas!

like sister, like sister,
eh?


to alya husna:
dah terlunaslah ya janjinya, hahaha~ cuma tak dapat nak gi outing je, awak pun dah habis dah kat SMAPK. :P

wallahua'lam,
jumpa di part 2.

p/s: perasaan rindu yang aku cakap itu adalah benar ya, aku pun manusia juga, punya perasaan.

wassalam.

No comments:

Post a Comment