bismillah..Allahu, lama pulak tak menulis, nak kata sibuk, sempat aja main game,huhu~
takpe2, kita throwback balik ea ;)
![]() |
| terus jadi cover photo masa tu |
aku ingat lagi masa mula-mula tengok Da'i 2 ni, masa tu tengah cuti sem, kat rumah, aku baru bangun tidur, terbangun nak solat isyak, tapi bangun-bangun tu terus ke tv, taktau kenapa, tengah cakap-cakap dengan mama, tetiba dengar suara yang agak familliar dari TV, sekali toleh, tengok-tengok abang Izzhar, senior psikologi kat UPSI. Terus cakap kat mama, "Ma, tu senior psikologi tu". Terus tengok sampai habis,hahaha~ Lepastu baru isyak (padahal boleh je isyak dulu -_- ).
Pastu rasa pelik sikit, sebab sepatutnya abang Izzhar pergi supervised fieldwork, tengok-tengok muncul kat TV. Mula-mula tengok tu, rasa bangga sangat sebab ada wakil Psikologi UPSI yang masuk TV since program psikologi masih lagi baru, jadi ini salah satu cara untuk memperkenalkan Psikologi UPSI di mata masyarakat Malaysia. Aku respect sangat ngan abang Izzhar ni. Takat ni, setiap cerita yang dia kongsi, yang dia bagi, semuanya tak menghampakan, best sangat!
Bermula dari minggu tu, aku pun follow lah Da'i 2 sebagai sokongan aku untuk abang Izzhar. Aku nampak sangat improvement dia dari minggu ke minggu, dan setiap penyampaian dia dalam Da'i 2 amatlah unik, tidak ada pada yang lain. Minggu ke-8 (kalau tak silap), aku cakap ngan kak chik, "Kalaulah abang Izzhar dapat masuk final, kena pergi tengok live nih, bawak semua pelajar psikologi naik bas". Masa tu memang berharap sangat nak pergi final Da'i sebab nak tengok live.
tup..tup..
Alhamdulillah, dapat juga abang Izzhar mara ke final, apa lagi, aku terus call abg chik cakap hajat nak pi tengok final, tapi masa tu dia kat kelantan, so dia lambat reply. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, persatuan Psikologi UPSI ada sediakan bas UPSI untuk pergi Plaza Alam Sentral. MPP UPSI pun ada sediakan jugak tapi aku nak naik dengan Psych Upsi,hahahahaha~ Berebut-rebut isi nama kat google doc tu, sampai merepek-repek jadikan google doc macam chat room. Psych Upsi tetapkan tema pakaian warna biru sebab tu warna rasmi persatuan Psych Upsi, maka aku pun dalam dilema (kononnya).
| pinggan "Say I" |
Kiteorang sampai buat banner, buat pinggan 'Say I', memang semangatlah masa tu. Masa nak masuk pintu masuk tu, memang depan-depan tu semua pelajar UPSI, dah macam apa dah. Disebabkan kami dah terlatih dengan cara menaiki bas Kiffah, maka untuk masuk dalam keadaan berasak-asak merupakan bukan masalah bagi kami,hahahahaha~
Sebelum masuk tu, ada jumpa abang Izzhar, apa lagi bergambarlah sekejap. Lepas tu, Shazwan cakap kat aku, dia nak bergambar dengan abang Izzhar, tapi tak dan lagi, aku pun minta tolong abg chik, pastu ramai-ramailah pelajar psikologi bergambar dengan Shazwan sekali. Terdengar abang Izzhar kata, "Detektif Maisara (nama FB) ni lah asyik promote". Of course lah promote,takkan tak promote ^_^
| ni sek2 junior psikologi |
| rosyam nor live! tapi antara dia dengan abang Izzhar, aku lagi nak pandang abang Izzhar,hahaha~ |
Masa abang Izzhar punya giliran, sorakan dari pelajar UPSI memang superb! kalau ada anugerah penyokong terbaik ni, mesti penyokong abang Izzhar menang! Bila dia sebut "say I" semangat tau angkat pinggan ada huruf "I" tu. Cuma masa abang Izzhar diumumkan tak dapat mara pusingan akhir tu, jelas kedengaran suara terkejut para penonton, especially penyokong abang Izzhar. sedih tu sedih jugak, cuma masa tu, semua pujuk diri untuk redha.
Alhamdulillah, tahniah abang Izzhar! untuk mara ke pentas final sudah cukup membanggakan kami warga Psikologi UPSI, malah warga UPSI yang lain. Moga dengan melangkahnya abang Izzhar selepas program Da'i 2, dapat menyebarkan dakwah dengan seluas-luasnya.
insyaAllah, Allah musta'an!


No comments:
Post a Comment