Sunday, 12 October 2014

Duit? Jom Jimat!

bismillahirrahmanirrahim

Bila duduk di universiti kewangan 100% kena uruskan sendiri (bagi aku la). Sebab masa kat sekolah menengah, matrik, mama ayah bagi duit, kalau "kering" sesuki pi mintak. Kat sini, mama ayah ada bagi jugak, tapi aku ada dapat duit yayasan negeri sembilan.  Satu semester RM 2500, bagi aku jumlah yang cukup banyak sebanarnya untuk satu sem, sebab plus duit bulanan parents bagi lagi.

Disebabkan sem ni, pengurusan kewangan aku dah macam kapal karam (sebab berlaku peristiwa yang tidak diduga,huhuhu~), aku bagi contoh sem lepas lah ek.hehehe..

Lagi satu sem lepas, ada jugak dapat baucer buku, which means, jadi orang kaya-bakal-rakus lah aku.
tapi, aku beringat-ingat kot, sebab kalau boros kang, mati woo nak tanggung sampai habis sem.  Ok, these are my ways:


1) aku akan beli segala bekalan makanan yang akan mendatangkan penjimatan berganda seperti beras, kicap, sirap, biskut, mi segera (makan ketika kes-kes kecemasan), air mineral, air kotak (1 karton - lagi murah, sebab kalau singgit lebih darab 24 dah bape puluh dah, padahal beli satu karton dalam belas je harganya)

2) kalau nak beli barang-barang keperluan, pergi ngan mak ayah, kurang sikit terasa keluar duit sendiri (walaupun mama cakap duit belanja akan dipotong bergantung kepada bajet).

3) kalau nak makan nasi tu, nasihat aku beli lauk je, nasi masak sendiri sebab nasi je pun dah singgit lebih dah, so kalau masak sendiri, penjimatan yang berganda-ganda dapat dijimatkan.

4) yang kes air kotak ni lak, aku punya style, beli ais secawan/sebungkus pastu tuang air kotak ngan ais dalam gelas, tak yah nak sumbang rm 1 total setiap pembelian air. tapi kalau nak berjimat punya jimat, itu gunanya sirap, pi buat sendiri.

5) haaa, ni essential, aku nasihatkan belilah printer sendiri, yaa, modal memang tinggi, tapi dengan nak print assignmentSSS nya lagi, penjimatan tu terasa wooo, lagi bagus beli yang boleh fotostat sekali.

6) banyakkanlah berpuasa, sebab banyak membantu dari segi kesihatan, dan menjimatkan dari segi perbelanjaan, dan kalau sehari tu, sekali makan je ok lagi :P

7) aku minta mama topupkan kredit telefon aku, (mungkin ni mama dah letak dalam bajet) sebab aku tak suka rasa aku kekurangan duit sebab beli topup, rasa macam pe ntah. sebab bagi aku, aku suka guna duit kat tangan untuk sesuatu yang lagi penting (ya,topup penting, tapi ada lagi yang lagi penting)

8) duit yang mama ayah bagi, aku dulukan untuk beli buku, keperluan yang perlu, dan baucar buku yang aku dapat tu, aku guna untuk beli buku-buku ilmiah yang lain yang bukan akademik, sebab kalau guna ringgit, aku nampak nilai tu mengalir, huhu~

9) Sorokkan sedikit daripada jumlah belanja yang mak ayah bagi kat merata-rata (tempat yang jarang dibuka), macam dalam bagasi ke, selit kat buku ke, dalam kotak cermin mata ke, dalam tabung ke, sebab duit-duit ni berfungsi sebagai duit kecemasan (in case kalau tetiba duit habis, pastu ada kecemasan berlaku, boleh guna duit ni) dan hasil "simpanan menabung" nanti (in case sampai habis sem tak guna lagi duit-duit ni)

dan perbanyakkan bersedekah, insyaAllah rezeki akan berlipat ganda, percayalah.

Jangan lupa menabung juga, masuk tabung haji ke, untuk kegunaan masa depan, sem lepas rm 210 aku dapat menabung satu sem.  nak enjoy enjoy jugak tapi ingat:

"ada orang hidup lebih susah dengan kesenangan yang lebih sikit daripada kita"

tapi ini hanya pandangan peribadi,
pendapat masing-masing laa nooohhh...
kemampuan masing-masing juga nooooohh...

wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment