kadang-kadang aku terlupa
kadang-kadang aku alpa
kadang-kadang niat itu tiada
kadang-kadang aku tak sengaja
mata ini banyak memandang perkara tak diduga
telinga ini banyak mendengar perkara umpat dan cela
mulut ini terlalu banyak bicara perkara tak sepatutnya
banyak dosa ku raih tanpa sedari
pahala tak dikejar rapi
malah tercicir masih tak peduli
kebaikan tidak diperbanyakkan sehari-hari
mungkar dilakukan tak henti-henti
sama ada pada Rabb-mu sendiri
atau diri sendiri yang hina lagi keji
atau pada orang sekeliling yang mengelilingi
aku percaya janji Ilahi
yang terima taubat hambaNya tanpa henti
selagi nyawa di kerongkong tak sampai lagi
atau terbit di barat sang matahari
hanya diri ku masih berkira
mahu buat atau tidak ambil kira
terkadang malu juga perasaan melanda
Allah itu Maha Pengampun kepada hambaNya
cuma masih tidak sedar akan hakikatnya
pulanglah ke pangkuanNya
mencari redhaNya
berjumpa di ArasyNya
di kehidupan kekal sana
No comments:
Post a Comment