Wednesday, 1 October 2014

TIKET oh TIKET

bismillahirrahmanirrahim.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kebocoran kertas peperiksaan UPSR untuk pelajar-pelajar tahun 6.  Dan yang bertambah menyedihkan apabila kementerian mengumumkan pelajar-pelajar tahun 6 ni dikehendaki menduduki semula kertas peperiksaan yang bocor tu.  Kesian juga. Sebab ada pelajar yang telah berlepas untuk menunaikan haji di Mekah telah sampai ke sana.

Kebanyakan ibu bapa sungguh risau dengan kes ni.  Tidak kurang juga para guru.  Kenapa perlu bocornya kertas soalan tu (walaupun setiap tahun memang adanya kes soalan bocor, cuma tahun ni ketara sangat) ? Salah satu sebabnya, ibu bapa dan guru-guru telah tanamkan "mindset" kat anak-anak:

"kalau tak dapat 5A dalam UPSR, takkan berjaya nanti"

Dan sebab tu, ada kes yang terlalu ekstrem untuk memastikan anak-anak ni berjaya lah berlakunya kes bocor.  Dengan kurangnya tahap keyakinan ibu bapa dan guru akan keupayaan anak dan anak didik sendiri.  Sampaikan para pelajar pun tidak yakin dengan keupayaan mereka sendiri.

Jadi, apa kena mengena dengan tajuk? TIKET oh TIKET? 


Orang selalu mentakrifkan KEJAYAAN tu selari dengan pencapaian akademik sahaja.  Tidak dari aspek lain.  Tapi sebagai seorang umat Islam, seharusnya kita meletakkan takrif KEJAYAAN tu, sebagai KEJAYAAN kita di akhirat kelak, itu sebenarnya betul-betul berjaya.

Aku bagi satu cerita untuk difikirkan bersama.  

Ahmad nak pergi menonton wayang di pawagam, tapi dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli tiket. Tapi, dia nak sangat tonton wayang yang ditayangkan tu.  Ahmad seorang pelajar yang tidak putus asa, dia tetap nak juga tengok cerita yang ditayangkan tu.  Nak tahu Ahmad buat apa? Dia terus menanti dengan sabar, sebab dia tahu, suatu hari nanti cerita tu tetap akan ditayang di televisyen. Setelah berbulan, berganti tahun, satu hari Ahmad terbaca intisari rancangan televisyen di surat khabar.  Dia ternampak tajuk cerita yang dia nak sangat tengok di pawagam.  Ahmad set masa untuk memastikan dia akan tonton cerita tersebut.  Ahmad sangat gembira dia dapat tonton cerita tersebut walaupun di televisyen dan beberapa bulan selepas ia ditayangkan di pawagam.  

Nampak tak aku nak cerita apa?

Ini semua analogi, langsung tak berkaitan dengan realiti.  Cerita ditayangkan tu analogi untuk kejayaan (dalam cerita ni aku bagi contoh kejayaan dalam bidang akademik).  Tiket pawagam tu untuk peperiksaan besar (UPSR, PMR [dah diganti dengan PT3], SPM).  Intisari tu analogi untuk "backup" plan to excel in academic.

Ni ceritanya, kejayaan dalam akademik bukan hanya bersandarkan keputusan UPSR, SPM semata.  Dan sekiranya anda gagal dalam kedua-dua peperiksaan ni bukan ertinya anda gagal dalam kehidupan dan tak dapat untuk sambung belajar lagi.  Ada orang dia tidak cemerlang dalam UPSR, tapi dia berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang ketika SPM, dan dia berjaya.  Dia buat rancangan, dalam masa 3,5,7,10 tahun yang akan datang apa yang dia perlu capai?.  Walaupun ada yang tidak cemerlang dalam kedua-duanya, dia masih boleh berjuang ketika mengambil STPM, matrikulasi, diploma atau di asasi untuk menempatkan diri di menara gading, universiti.  Rasanya bila dah masuk universiti, perasaan ibu bapa tu akan bangga akan keupayaan anak mereka melayakkan diri di universiti sebab:

"tiada orang yang BODOH masuk universiti"

Bodoh kat sini, ialah orang yang langsung tiada ilmu.  Apatah lagi berjuang untuk mendapatkan ilmu.
Jadi, mereka yang berada di universiti (termasuk aku), berusahalah bersungguh untuk mendapatkan segulung ijazah, membanggakan ibu bapa yang sangat tak kenal erti lelah untuk berkorban.

Lepas tu bolehlah sambung master, PhD pulak.

Dan walaupun anda tidak cemerlang dalam bidang akademik, mungkin anda cemerlang dalam bidang lain, macam perniagaan ke, pertukangan ke, pengurusan ke. Semua itu sangat menyumbang bagaimana anda ingin hidup dalam kehidupan ni.

Kena ingat segala yang kita buat MESTI kerana ALLAH S.W.T.
akan ada keberkatanNya, insyaAllah.

Walaupun kakak aku merupakan satu-satunya adik-beradik aku yang tak dapat 5A dalam UPSR,
tapi nak tau tak? Dialah orang pertama dalam adik-beradik aku yang akan berkonvo dulu, raih ijazah dalam International Marketing.  Dia sememangnya contoh terdekat untuk aku , yang kalau nak berjaya kalau tiada jalan A, pasti ada jalan B!

dan tanda-tanda orang yang berjaya ialah
mereka yang menunaikan solat dengan khusyuk.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment