Sunday, 5 January 2014

CINTA - kisah 3

# 5 CINTA pada SAHABAT

Ada seorang sahabat ni, nama penuh dia Nursyafiqah binti Shahifuddin. Aku panggil dia syafiqah.  Ntah kenapa, aku panggil penuh macam tu, aku tak ringkaskan sebab nanti rasa janggal.  Dia la orang pertama yang nama panggilan dia aku tak ringkaskan dan aku orang pertama bagi dia yang panggil dia nama panjang macam tu.  

Syafiqah ni kira macam maisara nordin yang kontras.  Aku baran, dia cool.  Aku bising, dia pendiam.  Aku nakal, dia baik. Aku kasar, dia lembut.  Aku tak tidur dalam kelas, dia tidur dalam kelas (haha~ gurau je ek).  Dia memang ada kat sisi aku ketika suka dan duka.  Sampai kekadang, bila aku tak duduk sebelah dia dalam kuliah, orang akan tanya aku dia pergi mana.  Memang betollah pepatah “a friend in need is a friend indeed”.  Dia bagi aku nasihat bila masa masa aku perlukan, dia bagi peringatan bila masa aku lalai, dia teman aku menangis bila masa aku berduka.  Kalau tutor, aku selalu pinjam tutor math dia, sebagai tukar aku bagi pinjam fizik takpun kimia, dia terer je fizik dengan kimia, Cuma aku je yang tak terer2 math ni..huhu~. aku selalu lepak gi bilik dia walaupun dia blok c, sampai roomate aku bagi warning.haha~ (warning manja ok..).


Cuma ada sesekali ter’gaduh’ pulak dengan syafiqah ni, em, diam je memanjang walaupun duduk sebelah, aku diam dia pun diam.  Ntah macamana ntah, dia sedih, aku pun sedih. Mungkin chemistry tu kuat sangat.  Last2 baik balik. 

Dia ni, apa je yang aku rasa, automatik dia pun rasa jugak, bak kata dia directly proprotional.haha~.  sebab dialah aku rasa sangat menghargai orang sekeliling aku.  Bila nak habis matrik, kan kena isi borang upu, dia cakap kat aku dia pun minat psikologi, tapi aku tak pernah bagitau pun yang aku memang minat psikologi. (kan aku dah cakap, apa je yang aku rasa, dia pun rasa jugak).  Ditakdirkan, dia sekarang sambung kaunseling dekat USIM aku pulak psikologi dekat UPSI.  Dua bidang yang ada kaitannya antara satu sama lain.  

Time hari last kat matrik tu, baru aku dapat berkenalan dengan mak ayah dia, dan adik keciknya yang bongsu. Time salam nak balik tu, aku cakap kat dia, “kalau aku tak nangis nak salam kau, kau jangan nak nangis pulak time nak salam nanti” Alhamdulillah, dua2 tak nangis.  Sungguh, aku mencintai syafiqah sebagai sahabatku kerana Allah.  Semoga Allah meredhai persahabatan ni.


# 6 CINTA pada KOLEJ

Salah satu tanda aku sayang kolej aku, aku kemas bersih2 bilik aku sebelum aku balik. Haha~ tapi betul ea, aku memang kasi clear last day tu, dahla balik time maghrib, kira antara orang yang terakhirla tinggalkan kolej tu -___-‘

Kat matrik aku duk blok A4, blok perempuan paling DEKAT sekali dengan dewan kuliah, mula2 sampai aku ingat macam terbeban sikit sebab rasa macam jauh gak ar, haha~ tapi tu semua anggapan hari pertama padahal, nak banding dengan blok len memang tak ah, yang len lagi jauh kot, lagi2 C5 :P

Salah satu sumbangan aku kat negeri 4 (dah blok A4), aku main badminton kategori perempuan, aku saja je nak main, tak pernah nak wakil sukan lek-lok, ni first time secara serius semenjak aku bersekolah nih..haha~ time pertandingan tu, menggigil aku takyah ceritalah, sampai hakim tu pun nampak.haha~ btw, Alhamdulillah, dapat jugakla pingat perak :p
yang penting

macam umah berhantu daah aku tengok..haha~


# 7 CINTA pada ADIK-BERADIK

Jujur aku mengakui, selepas Afiq meninggal, bonding (amek kau istilah kimia aku keluarkan) aku dengan adik beradik lain, Mira, Arif ngan Jiha semakin kuat. Yela dulu, bukan kemain gaduhnya. Sekarang gaduh jugak tapi tak macam dulu. 

Rasa saling dorong-mendorong untuk capai kecermelangan terutama bab akademik. Mira dah buktikan walaupun tak dapat straight A’s UPSR, PMR dan SPM, tetap boleh melangkah ke universiti, plus dia dah nak habis dah pun, final year kot ^_^. Aku pun sedaya upaya gak tunjuk contoh keperibadian rohani sebenarnya salah satu faktor kenapa kita dapat kecemerlangan akademik. 

Dan Alhamdulillah, ianya terhasil dengan pointer (bagi aku) yang cukup baik aku dapat kat matrik.


#8 CINTA pada NENEK

Nenek, dengan bahasa nogori sembilan, dipanggil uwan nih, bagi aku merupakan ibu kedua kat aku, sebab dari kecil aku dibesarkan olehnya (dengan parents aku sekalila). Uwan ni hebat, dia besarkan anak2 dia, pastu bantu besarkan cucu2 dia bagai menatang minyak yang penuh. Jadi, kepantangan aku bagi sesiapa yang cakap nenek ni tak penting dalam hidup dia. Sebab tanpa nenek, makayah takde tau.

Bulan mei, uwan masuk hospital, nasib baik time tu dah habis matrik, so bawakla balik rumah untuk jaga sebelum panggilan masuk ke universiti. Mula2 tu rasa sedih sangat sebab tak dengar suara wan bercakap. Tapi lama2, wan pun dah mula bertatih cakap balik. Alhamdulillah. Ada tu, dapat panggilan jadi fasi pendaftaran pelajar sesi baru kat kolej matrikulasi negeri sembilan, aku cakap kat mama nak pergi, tapi time tu keadaan uwan tak mengizinkan aku nak pergi. So aku telefon sir, cakap aku tarik diri, sedih tu sedih jugak. Tapi mama pujuk diri ni cakap, mana tau ada peluang yang lagi besar. Hikmah dia, aku setia menjaga nenek aku ^_^. 

Jasa uwan tetap ku kenang. Dia berprofession sebagai guru masa dahulu, sentiasa menjadi guru kepada aku dari dulu, sekarang dan akan datang.

No comments:

Post a Comment