Monday, 6 January 2014

CINTA - kisah 4 (finale)

#9 CINTA pada IBU BAPA

Aku mengaku aku bukan anak yang baik teerhadap ibubapa aku, tapi aku sedaya pastikan aku menjadi yang terbaik untuk ibubapa aku. Tahun 2013 banyak mengajar aku, banyak hikmah kalau dengar cakp ibubapa ni.

Sebab dulu (mungkin ada lagi sekarang), aku ni jenis yang degil. Kalau apa yang aku cakapkan tu, semuanya betul. Tapi Allah hadirkan rasa dalam hati, lembutkan hati ni untuk dengar nasihat2 yang mereka bagi. Alhamdulillah, aku sikit2 mula rasa lembut kalau diorang tegur.


Semua kejayaan yang aku peroleh, aku dedikasikan untuk ibubapa aku. Sebab semuanya aku yakin diiringi dengan doa mereka. Apa je kekurangan yang ada pada ibubapa aku, aku sedaya upaya memandangnya sempurna. Dan aku kena pandangnya sempurna.

Aku sentiasa bawa nama ayah aku kerana ber’bin’kan namanya. Dan aku sentiasa ingat aku anak mama ku, kerana dia yang melahirkan aku. Jadi, sampai mati pun aku tetap bawa nama mereka dalam hidup aku. Sebab tu aku tak boleh memburukkan diriku demi menjaga maruah ibubapa aku. Sebab merekalah aku ada di dunia ni.

Walau susah macamana pun aku, mereka tetap akan sedaya upaya untuk menyenangkan aku. Walau betapa sulitnya masalah yang aku hadapi, mereka sedaya upaya menyelesaikan masalah aku.
Walaupun keluarga aku hanyalah biasa2, mama mendidikku untuk menjadi yang luar biasa.


#10 CINTA pada RASULULLAH

 Em, tahun 2013, aku sedaya upaya untuk menjalankan seberapa banyak sunnah dalam kehidupan seharian aku. Especially time kat matrik.

Aku latih diri untuk puasa isnin dan khamis serta hari2 yang disunatkan berpuasa. Bukan je dapat pahala. Duit belanja pun jimat. Kesihatan pun dapat. Tapi seriously aku cakap. Bila puasa je, rasa macam tak puasa je, cergas memanjang. Dan aku kurang kena serang penyakit. Contohnya, demam pun kurang. Aku menerapkan salah satu sunnah Nabi yang mengatakan “menuntut ilmu itu fardhu untuk setiap muslim” dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Maksudnya, dengan siapa pun aku menuntut ilmu tu tak kesah, asalkan aku dapat ilmu yang halal dan diberkatiNya dan aku dapat manfaatkan seluruh hidup aku.

Dan aku mencintai sukan kerana aku anggap sukan tu riadhah. Dan Nabi pun suka bersukan jugak. Dan “mukmin yang kuat itu lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah” jadi why not tak nak bersukan?. Aku main badmintonla banyaknya :P Aku membuktikan kat kawan2 praktikum aku, even aku ada title “budak sekolah agama” itu tak bermakna, aku perlu pandai akademik dan bercakap je, aku pun reti gak bersukan. Dan diorang respect la sebab aku ni antara yang cergas gak dalam kelas tu.

Ada sekali tu, buat latihan yang ada 4 set tu (aku lupalah, yang pasti ada push up ngan sit up), aku antara perempuan yang dapat buat dalam bilangan yang tertinggi, sampaikan dorang cakap kat aku, jangan suruh cikgu tambah lagi. Boleh pulak -___-‘  dan salah satu hasil bersukan ni, kadar denyutan nadi aku semakin rendah setaraf dengan orang yang bersukan.

Banyak lagi sunnah2 yang dipraktikkan tapi dua ni memang mendatangkan kesan dalam keadaan unexpected bagi aku, jadi mengapa harus mengatakan tidak untuk mengamalkannya ^_^

Ada bab ziarah-menziarahi, sayang kat kawan, bab makan, bab bersederhana, bab pergaulan dan banyak lagilah J


#11 CINTA pada ALLAH

Walaupun aku ni budak lulusan sekolah agama, itu tak pernah menjamin aku dari berbuat dosa. Aku cuba mengistiqamahkan untuk solat fardhu 5 waktu awal waktu, dan perbanyakkan solat malam especially solat tahajud. Salah satu kesan solat tahajud kat diri aku, aku rasa sangat tenang. Kalau ada tohmahan, fitnah, gossip dibuat manusia, rasa macam senang ditepis dan rasa setiap masa Allah membantu memudahkan urusan seharian.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, aku didatangkan rasa nak menangis sangat. Tetapi aku menangis time post mortem satu program nih. Balik tu, aku menangis puas2 selepas solat, mengadu pada penciptaku. Time tu aku tolak tepi jap masalah dengan manusia. Lepas tu Alhamdulillah, DIA membantu aku menyelesaikan masalah aku dengan manusia. 
Lepas tu, aku dihadirkan rasa macam akan MATI bila2 je. Ya, dan aku percaya dengan benda tu. Sampaikan aku solat nangis2, dan rasa sangat muram. (sampaikan kawan aku pun pelik). Bukan muram sebab takut mati, tapi andaikata aku mati, cukup ke amalan aku, taubat aku diterima tak, hutang2 aku dah langsai belum, banyak lagi perkara merunsingkan.

Tapi ada hikmahnya Allah hadirkan rasa tu kat hati aku, supaya aku sentiasa BERHATI-HATI dalam beribadah padaNya. Memastikan apa je yang kita buat itu, yang terakhir dalam hidup kita, dan buat perkara itu till perfection.


Alhamdulillah~

*tamat sudah marathon kisah cinta aku 2013, nak cerita panjang, tanya aku la senang, nak taip panjang sangat weh..haha~

wassalam

No comments:

Post a Comment