# 2 CINTA pada PENSYARAH
Aku ulang balik, salah satu sebab kenapa aku masuk matrik
sebab nak baiki diri aku ni. Aku rasa dan yakin serta pasti, kejayaan sesebuah
anak murid tu bukan hanya bergantung kecermelangan akademiknya semata-mata tapi
diiringi dengan akhlak yang baik. Sebab
apa aku cakap macam tu, apa guna belajar tinggi2 tapi perangai buruk. Lagi satu, kalau kita berakhlak baik dengan
pemberi ilmu, insyaAllah ilmu yang kita dapat tu ada keberkatannya.
Masa sekolah menengah dulu, mungkin disebabkan aku ni
kaki tidur, secara tak langsung cikgu2 mungkin terasa dengan aku, di situ
keberkatannya kurang. Plus, dengan tak buat homeworknya, mana la cikgu nak
suka. Plus, ada sekali tu, aku menunjukkan tanda protes kat satu cikgu ni sebab
tak bagi aku keluar rehat (macam budak2 kan? ), memang takla aku nak dapat A
subjek dia..huhu (memang aku tak dapat pun A subjek dia). Yang pentingnya, jangan sesekali nak pilih
kasih cikgu mana yang kita suka ke tak, tak kesahla kau tak suka macamana pun
cikgu tu, kau kena suka jugak. Sebab itu
mendidik sifat sabar dalam menuntut ilmu, dan sikap sentiasa berbaik sangka dengan
orang lain.
So, bila masuk matrik ni, aku memang tak pilih pensyarah,
dia ajar best ke tak best ke, aku tetap suka pensyarah tu. Walaupun kekadang
dengar kawan2 merungut pensyarah tu macam ni, pensyarah tu macam tu, aku
pekakkan telinga je supaya apa yang diorang cakap tu tak mempengaruhi aku. Semua tugasan aku buat, tidur pun kurang,
rajin jumpa cikgu, bertanya bila tak faham.
Alhamdulillah, hasil dia memang terasa keberkatannya. Sampaikan ada yang cakap aku ni anak pensyarah
ni, aku ni anak pensyarah tu sebab aku kira macam ngam la dengan sesetengah
pensyarah. Bagi aku, as long dialah
orang yang berkongsi ilmu dengan aku, selagi tu aku akan hormat dia sebagai
guru.
terima kasih kepada pensyarah2 KMNS yang telah mencurahkan pelbagai ilmu kat saya, terutama yang ajar praktikum saya.
| ni miss liyana, orang panggil dia cik Na. ajar aku BI. |
| puan Azuin, ajar bio amali sem 1 dan sem 2, sempoi habis dia ngajar. |
| encik Ruszaidi, bio tutorial sem 1 dan sem 2, favourite lecturer praktikum aku, orang panggil aku anak kesayangan dia tapi dia masih BUJANG ^_^ |
| puan Shaiedah, fizik kuliah sem 1 dan sem 2, fizik tutorial awal sem 1 dan fizik amali sem 1 dan sem2 (gilir2 dengan puan Nurhayati) dia ni la yang rajin main badminton dia kahwin februari 2013 |
| en Helmi, matematik tutorial sem 2, garang woo..tapi sempoi habis. |
| miss Tee, kimia amali sem 1 dan sem 2, aku suka gila dia, banyak sangat tips2 berguna untuk jawab kimia yang dia ajar. garang woo time amali, tapi ngan aku ok jela :P |
| puan Rosnani, fizik tutorial sem 2, seorang yang penuh dengan sifat keibuan ibu kepada junior aku kat smapk aminul amin dengan afifah aminah |
| puan Zuraida, kimia kuliah dan tutorial sem 1 dan sem 2, best ah dia ngajar, tak berani nak tidur :3 orang takut dengan dia sebab garang, aku ok je. gila kau kalau tak siap tutorial dia :P |
| encik Azli, koko sem 2, dia ni orang terusan gak, ngajar sempoi habis, tapi semput aku, haha~ |
# 3 CINTA pada ROOMATE DAN JIRAN
oh ya, ni aku ada tiga roomate yang ohsem. bagi aku, kita memang ditakdirkan sebilik sebab perangai sepesen,haha~
aku ada hanis amirah dari kelantan, khadijah kamil dari johor dan janice tan lay tin dari pulau pinang.
janice tidur katil sebelah aku, mula2 dia masuk, aku terkejut jugak sebab sebilik ngan chinese dan dia kawan pertama non-muslim aku. sebab sebelum ni, aku berada dalam masyarakat melayu islam sahaja.
hanis ni terer menjahit, mengemas. dia ni suka bantu aku di kala aku memerluakannya seperti, teman ke toilet pukul 2-3 pagi.hohoho~ khadijah ni terer gila bi dia, aku men bookworm, kalau frust, aku tanya dia.haha~
janice lak, mana2 tutorial aku yang lompong, aku tumpang rujuk tutorial dia.
pejam celik- pejam celik, dua sem aku hidup dengan mereka di KMNS, dan khadijah dan hanis ni, aku suka sangat sebab senang ajak solat berjemaah, cuma kekadang solat sendiri.
Em, sebenarnya, kat matrik ni, aku tak ngam sangat dengan
jiran kiri, kanan, atas, bawah aku. Aku
ngam dengan jiran depan je. Huhu~ apa mende ntah. Dorang ada 4 orang satu bilik. Orang depan rumah tu nama dia ain, iza, sepet
dengan yana. Tapi nama panggilan dorang
semua MOK. Kelakar kan? Sampaikan bila aku masuk bilik. “eh, mok bukan macam ni
la” “ habis tu macamana mok?”. Siapa
yang mok ntah taktaula.
aku ada hanis amirah dari kelantan, khadijah kamil dari johor dan janice tan lay tin dari pulau pinang.
janice tidur katil sebelah aku, mula2 dia masuk, aku terkejut jugak sebab sebilik ngan chinese dan dia kawan pertama non-muslim aku. sebab sebelum ni, aku berada dalam masyarakat melayu islam sahaja.
hanis ni terer menjahit, mengemas. dia ni suka bantu aku di kala aku memerluakannya seperti, teman ke toilet pukul 2-3 pagi.hohoho~ khadijah ni terer gila bi dia, aku men bookworm, kalau frust, aku tanya dia.haha~
janice lak, mana2 tutorial aku yang lompong, aku tumpang rujuk tutorial dia.
pejam celik- pejam celik, dua sem aku hidup dengan mereka di KMNS, dan khadijah dan hanis ni, aku suka sangat sebab senang ajak solat berjemaah, cuma kekadang solat sendiri.
| inilah kami yang tudung hijau hanis, yang tudung hitam khadijah, yang tudung coklat aku, yang be'rambut' itu janice :) |
Dorang suka sangat membantu orang lain, kalau takde
makanan kau ketuk je pintu, makanan akan dihulurkan :P . kalau takde paper clip pun, kau ketuk lah
pintu dorang, kalau ada, insyaAllah akan dihulur. Ada sekali tu, aku nak tengok
bola, tapi tenet masa tu lembab gila, so, ain pun bagilah pinjam broadband dia.
Baik kan? Kalau ajak main badminton, ok je on.
Setiap pagi, kalau diorang tak bangun pagi aku la yang tolong ketuk
pintu diorang. Kalau tumpang tanya tutor
pun aku cuba bantu diorang. Aku cuba
bantu selagi yang aku mampu. Cuma sekali
je kot, (aku rasa la), solat jemaah dengan diorang kat bilik, sebab biasanya
jemaah dengan roomate. Kadang2 tu rasa
macam rapat gila ah. rasa macam
seroomate je..haha~. jap lupa nak
tambah, diorang ni banyak ajar benda2 yang aku taktau. Contohnya, runningman. Haha~
# 4 CINTA pada KENALAN
Kebanyakan orang yang aku kenal, aku kenal diorang kat
tempat aku belajar. Maksudnya kat mana
aku bersekolah, matrik, kat situlah kenalan baru aku dapat.
Praktikum aku S1BP8, kelas ni memang gila, sempoi habis
tapi keputusan steady. Boleh kira steady
lah tu, walaupun sikit je yang 4flat nya.
Kitaorang ada 25 orang, 19 melayu, 4 india dan 2 cina. Semua hidup dalam aman harmoni. Walaupun ada gaduh2 kecil tapi semua masih
respect antara satu sama yang lain.
Aku
ingat lagi, ada sekali tu, ramai gila yang tak siap tutor, so, diorang pun
pakat2 tak siap, nanti bagi alasan sama2, supaya lecturer tak marah dan
tangguhkan tarikh untuk siapkan. Diorang
sampai bagi warning kat aku untuk tak siapkan (sebab aku antara yang akan siap
tutor selalunya), boleh pulak macam tu. Tapi disebabkan suara majoriti apa
salahnya.(sebab time tu, aku pun tak habis lagi siapkan tutor) Kalau kuiz pulak, lagi kelakar, semangat
membantu tu sangat membara la masa nih.
Saling membantu mana yang boleh tolong.
Tapi selalunya budak cina tak mau bantu maa.. sebab diorang selalu siap
awal, pastu diorang blah la, buat tercongok kat situ lagi. Kalau kuiz bio, diorang selalu duduk dekat
dengan aku, supaya mudah diberi hint. Tapi masalahnya, kalau aku cakap aku tak
ingat, aku memang betul2 tak ingat. Ada
sekali tu, buat kuiz bio kat dewan kuliah, topik pulak yang paling aku ‘SUKA’
sangat, so sampai bawak semua nota tangan aku masuk dewan tu, nak tunjukkan aku
memang ‘SUKA’ dan ber’SEDIA’ nak jawab kuiz.haha~
Last2, aku cover nota bawah beg, mula2 aku jawab mana
yang aku tau dan yakin. Pastu boleh
pulak aku semak nota tu nak pastikan betul ke tak apa yang aku jawap tu. Haha~,
yang takleh blah, kawan aku pi mintak letak nota kat tengah2 supaya boleh
share. Konsep sharing is caring. Haha~,
ada sorang ni, sampai aku tolong tuliskan jawapan untuk dia. Tak cenonoh perangai cenggini,huhu~
![]() |
| ni gambar kitaorang sekelas |
Ada 4 orang yang aku dah kenal sebelum masuk matrik tapi
diorang bukan pernah satu sekolah dengan aku, ain, kinah dengan umirul dan
aqilah.
Ain nih,nama penuh dia Ain Syahirah binti Muhammad, aku selalu lepak dengan
dia. Dia memang selalu ada ketika aku susah dan senang. Orang kata aku kembar dengan dia, mungkin
sebab tudung sama kot. Lagi satu,
perangai dia pon sama dengan aku, aku jenis baran, dia baran gak tapi cool
sket. Dia ni peneman aku men badminton. Especially time nak dekat tournament. Ada sekali tu aku bawak dia jumpa cikgu
Shaiedah untuk tanya soalan fizik, ntah macamana ntah, dia pun boleh ngam
dengan teacher. Sampai siap bagi hadiah
sempena perkahwinan teacher, pastu babitkan nama aku yang tak tau pape nih. Oh ye, dia ni kawan syudud kat shams, so, aku
syudud ngan ain nih kira sekepala jela perangai.
Si kinah ni atau nama gedik dia kiden, kalau aku dengan
dia je, aku rasa boleh gila kot. Asyik
gelak je, perangai dahla gila2 tambah2 kalau ada ain, memang kalau duk kat
surau tu, memang ingat surau tu kitaorang punya. Adoi.. tapi aku ada dengar
jugak asal mulut kiden ni, orang cakap , nama je budak sekolah agama, mulut
boleh tahan. Aku panas gak orang macam
nih, hello, mulut pedas, tak mencarut
takpe ok. Cakap straight je la, watpe
nak lapik2, kang tak sampai maksud. Tapi
aku jarang jumpa dia sebab dia modul lain, kelas memang taklah nak sama, plus
dia duk c4 kot. Jauh gila. (macam ain tu bukan blok c, bukan kelas sama
pun..haha~)
Umirul ni pulak, dia mula2 aliran sains pastu pi tukar
akaun. Dia ni classmate diana si roomate
syafiqah. Yang aqilah pulak, dia kawan
si sepet dengan iza, so memang berkait lah dorang semua ni. Kalau tersempak aku tegurlah. Dan jarang
sangat nak nampak lubang hidung dua orang nih.
Bagi aku siapa je kawan kepada kenalan aku, aku pun kawan
diorang jugak (walaupun gaya macam tak je..haha~). Macam contoh si khamisa, dia kawan khadijah
si roomate, aku sumpah tak kenal dia pun. Ntah macamana ntah, jadi ok. Dan aku berkawan dengan semua roomate dia si
nik, ika, dengan aireen. Aku rasa best
sangat berkenalan dengan orang sebab, itu salah satu cara untuk panjang umur
(dengan menyambungkan hubungan silaturrahim) dan itu salah satu peluang untuk
tambah kenalan sebab matrik salah satu tempat aku menuntut ilmu.
Ada sorang pensyarah ni, dia tak ajar pun aku kuliah ke,
tutor ke, amali ke, tapi aku kenal dia sebab si ain ni lah. Nama dia cikgu Amir. Dia ni hebat gila kemain. Gambar2 kat kmns ni semua dia yang ketua
menangkapnya, tempat dia kat unit tu paling menyerlah, dia ajar silat
jugak. Dia banyak bantu aku di kala
susah, especially bab2 basikal, dia yang bagi pinjam tools dia untuk aku baiki
basikal aku, ada gak dia men badminton dengan aku dan ain. Sporting gila lah. Cuma dia tak ingat nama
aku.haha~
Yang dia ingat kawan ain. :P

No comments:
Post a Comment