Saturday, 4 January 2014

CINTA - kisah 1

assalamualaikum warahmatullah..
walaupun dah masuk 2014, aku tetap nak bercerita pasal 2013..
(dah aku punya blog, suka hati aku lah nak tulis apa..hoho~)

Bagi aku tahun 2013 merupakan tahun aku mengenali apa itu erti cinta.


CINTA pada ilmu,

CINTA pada pensyarah,

CINTA pada roomate dan jiran,

CINTA pada kenalan,
CINTA pada sahabat,
CINTA pada kolej,

yang penting
CINTA pada adik-beradik,
CINTA pada nenek,
CINTA pada ibu bapa

dan yang tertinggi
CINTA pada RASULULLAH  
CINTA pada ALLAH

Bukannya sebelum ni aku tak mencintai perkara2 di atas, tapi sepanjang tahun 2013 ni,aku rasa semakin mendalam cinta tu. Macam terlalu banyak hikmah yang tersirat bila sesuatu peristiwa muncul yang membuatkan lagi rasa cinta tu menggunung.



# 1 CINTA pada ILMU


Salah satu sebab kenapa aku masuk matrik adalah untuk memperbaiki sikap aku yang kekadang terleka untuk belajar. Terleka aku bukannya tak baca buku ke apa, lagi teruklah dari tu.Aku time spm dulu boleh kira dengan jari je, berapa kali aku terJAGA dalam kelas waktu cikgu mengajar. Kebanyakannya aku terlelap, terlentok, terlena ,sampaikan ada satu ketika cikgu membiarkan aku tidur sepanjang kelas sebab tahu kalau aku dikejutkan, bukannya aku bangun pun.


Lagi satu, kat sekolah, aku agak “aktif” berorganisasi, sampaikan ada ketika, pelajaran tu ditolak tepi.  Ada lagi, aku ni jenis tak buat homework, pergilah tengok buku2 tulis aku, masih cantik je, isi pun kurang ditulis. Senang cerita, kalau cikgu tu tak minta homework atau homework tu tak mendatangkan kemudaratan dalam markah exam, aku takkan buat. (terukkan?).


Jadi keputusan aku masuk matrik untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kat matrik, boleh kira berapa kali je aku terlelap sekejap waktu kuliah. Sampaikan kekadang classmate aku pun pelik asal aku boleh bertahan. Jawapan aku “aku nak berubah jadi lebih baik, cukup2lah yang dulu tu”.


Boleh kira semua homework aku siapkan sendiri. (Cuma math kekadang copy gak..huhu~). Kimia, biologi, fizik..semua best!!  Aku rasa macam..”oh..ini ke maksudnya” “ya Allah, menyesalnya tak fokus time sekolah” “bestnya belajar”. Macam2 lagilah monolog yang keluar. Sangat best aku cakap.


Tapi satu jela yang aku sedih. Aku stopkan segala kerja untuk berorganisasi kat matrik (untuk fokus kat akademik semata :’( ) aku tak join usrah, aktiviti surau pun jarang join. Tak cuba minta untuk jadi mpp, jadi prd ke..papejelah jawatan yang kosong tu. Sedih takyah cakaplah. Bila aku flashback balik. Taknak ah flashback balik. Biarlah rasa sedih tu terkubur kat situ.


Tapi Alhamdulillah..ada hasilnya..pointer yang aku dapat agak memberangsangkan. Sem 1 punya pointer sama dengan sem 2, jadi pointer keseluruhannya sama je...Cuma pointer tu tak dapat membuatkan mama naik pentas..huhu~ 


ni yang aku post time dapat result pspm 1, ingat lagi, dorang gi jerit dalam dewan pas tengok result aku. mesti orang keliling ingat aku dapat 4flat..ahaks!!..aku bukannya budak 4flat.




ni pulak time dapat result pspm 2. time tu kat rumah. mama tanya banyak kali result aku. tapi time tu aku cakap tak check lagi. kononnya. tapi memang betullah, aku check lambat sikit. nervous time tu takyah cerita la..haha~

wassalam

No comments:

Post a Comment