bismillahirrahmanirrahim
Dalam banyak-banyak perkara, tentang lelakilah aku rasa paling malas, paling sikit, paling blurr untuk aku sembangkan. Bukan sebab tak suka diorang ke apa, cuma, buat masa ni nak cerita asal diorang bukan satu keutamaan untuk aku.
kadang-kadang ada gak kawan aku tanya,
"eh Mai, kau ni tak suka siapa-siapa ke?"
"tengok mamat tu, hensem kan Mai?"
"kalau cakap dengan Mai pasal lelaki, bukannya dia kenal pun, kan Mai?"
em, kadang-kadang tu, geli jugak dengar bila kawan-kawan cerita pasal lelaki : pasal ke'hensem'anlah, ke'tinggi'anlah, ke'soleh'anlah, ke'pandai'anlah, ke'sporting'anlah. Banyak lagilah ke-an dia.
Ok, Aku ni perempuan juga. Jadi, adalah mustahil untuk aku melanggar fitrah, untuk tak tertarik pada lelaki. Ya, kadang-kadang aku usha juga budak lelaki (yang mana tak sepatutnya aku buat -_- ) , aku bercakap juga dengan diorang, ada juga bergurau dengan diorang. Menunjukkan aku ni bukanlah terlalu ANTI dengan lelaki.
Cuma, aku selalu nasihatkan diri ni, supaya jaga diri, supaya emosi tak menguasai diri dan persiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang setia untuk si suami. Dan aku ni jenis yang kalau aku tak kenal, memang taklah aku nak bersembang kencang dengan dia, apatah lagi rapat dengan dia. Sebab tu aku tak banyak kawan lelaki. Kalau aku kenal tu, maknanya aku 'ngam' lah dengan dia. Dan sebab tu juga, kalau budak lelaki tegur aku ni seorang pendiam, mesti kawan-kawan perempuan aku tergelak, tersembur, tersedak, sebab diorang tahu aku ni macamana.
Cakap pasal suka kat lelaki pulak, aku pernah je suka kat lelaki. dan pernah cakap pun kat dia, tapi no response. *huh*. kan dah kecewa. hahahaha~. sorry, kecewa waktu tu sahaja, Sebab kalau ada jodoh tak kemana. *hahahahaha*
Lagi satu, aku ni, kadang-kadang aku boleh perasan kalau orang tu suka ke tak kat aku (bukan kes perasan ke apa, just in case kalau boleh cegah, aku cegah awal-awal). Jadi, pernah lah jugak ada lelaki ni nak berkenalan (yang bukan sebagai kenalan atau kawan). Aku berasa sangat-sangatlah tak selesanya bila aku dapat tau benda ni (bukan sebab aku perasan, tapi obvious gila si lelaki tu). Nak tahu apa aku buat? Aku buat derk je, bila cakap ngan lelaki lain aku ok, tapi dengan dia, perghhh..memang taklah dia nak bersembang kencang dengan aku. Asal dia tanya sepatah, separuh patah aku awab *haha* Kemudiannya, dah tak dengar dah khabar dia nak bertanya lanjut lagi pasal aku. *sekian*
tu jelah cara simple aku. ^_^
Mama pun pesan kat aku, kalau nak berkawan tu boleh (dengan lelaki), cuma jangan lebih-lebih. Arwah abang aku pun dah pesan, jangan percaya sangat dengan lelaki. (even dia lelaki pun, dia pesan jangan percayakan sangat dengan orang yang sekaum dengannya). Tak ke dah dapat double-amaran tu.
still, I am single.
but forever belongs to my Creator.
wassalam.
No comments:
Post a Comment