Saturday, 8 March 2014

8 mac 2014

pada 20 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan tepat jam 8.00 pagi.
Bayi tersebut diberi nama MAISARA BINTI NORDIN.

Hari ni, telah genaplah umurnya 20 tahun menghirup udara yang diberikan oleh Allah untuk umat manusia sejagat. Walaubagaimanapun, dia tidak mahu untuk menyambut ulangtahun kelahirannya.  tetapi dia tidak marah untuk sesiapa yang meraikannya kerana, tidak mahu mereka berkecil hati.

Ya, insan bernama Maisara ini, lebih suka untuk mengingati tarikh lahirnya dalam kalendar Islam iaitu pada 25 Ramadhan 1414H.  baginya, bukan semua orang dilahirkan dalam bulan Ramadhan, dan dia rasa sangat beruntung kerana dilahirkan dalam bulan Ramadhan, bulan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W.


Seperkara lagi, satu peristiwa yang telah terpahat dalam memorinya sampai bila-bila.  Saban tahun, ketika dia masih kecil sehingga remaja, dia akan berkongsi majlis untuk menyambut ulangtahun kelahirannya dengan abangnya.  Ya, dia menunggu setiap tahun selama satu minggu, untuk meraikan bersama abangnya, kerana tarikh ulangtahun kelahiran abangnya, jatuh pada 14 Mac, seminggu selepas 8 Mac.

Masih terngiang-ngiang di benak hatinya, ketika sambutan tahun 2010, ketika itu, dia berumur 16 tahun dan abangnya berumur 19 tahun, terdapat satu peristiwa yang melukakan sedikit hatinya tetapi dipendamkannya.  pada akhir majlis, dia berkata kepada abangnya " kalau macam ni lah keadaannya, baik tak payah tunggu seminggu untuk sambut dengan kau", dan abangnya membalas "siapa suruh tunggu, ni majlis birthday kita yang terakhir".

dan, YA, itu majlis yang terakhir dia sambut dengan abangnya.

dan tak pernah terlintas di hatinya, memang itulah kali terakhir dia menyambut ulangtahun kelahiran dengan abangnya.

sejak daripada itu, dia tak pernah berniat mahu meraikannya, kerana akan ada satu perasaan yang amat pilu dalam jiwanya.  masih disimpan lagi hiasan "happy birthday" yang diletakkan atas kek terakhir itu.

walaupun orang akan berbicara, jangan dikenang perkara yang lepas, jangan terikut-ikutkan perasaan, yang dah sudah tu sudahlah. Bagi Maisara, itu sememangnya meninggalkan kesan yang amat dalam dalam sanubarinya.

abangnya diberi kesempatan untuk berada di muka bumi Allah ni selama 19 tahun, Maisara diberi peluang yang lebih untuk hidup di dunia yang fana ini selama 20 tahun.

walaubagaimanapun, Maisara di atas ialah aku,
hambaNya yang diberi peluang untuk mengecapi kehidupan di dunia ni,
adik kepada seorang abang yang lemah-lembut, dan seorang yang tak kesah apa orang lain kata.

Alhamdulillah, ku masih bernafas ketika ini,
diberi kesempatan untuk hidup selama 20 tahun umurku secara biologikal,

YA, secara BIOLOGIKAL.
SELAMAT MENGHAMPIRI KEMATIAN

nikmat diberi tak terperi,
bukalah mata dan hati,
atas segala untuk disyukuri,
pemberian Rabbul Izzati.

mati itu pasti,
tidak kira umur diri,
cuma persiaplah diri,
sebelum dijemput Ilahi.

Al-Fatihah untuk arwah abangku,
Muhammad Afiq bin Nordin,
sungguh hatiku sangat merinduimu,
mungkin melampau untukku katakan,
ku ingin mencari suami sepertimu atau yang lebih baik daripadamu,
kau telah membuatku berhati-hati dengan lelaki,
dengan atas segala nasihat, tunjuk ajar kau beri,
rehatlah di sana,
semoga SYURGA untukmu menanti.

wassalam

No comments:

Post a Comment