mungkin sebab hari ibu..
tapi bagi aku hari ibu setiap hari :)
tapi aku pun nak cerita siapa
puan RUSNI BINTI IDRIS...dialah mama aku...
bagi aku dialah mama terhebat...
dialah JURURAWAT, MAMA, dan GURU terbaik dalam hidup aku..
kalau nak tahu
12 Mei merupakan sambutan hari JURURAWAT sedunia,
13 Mei hari IBU,
16 Mei sambutan hari GURU Malaysia,
dalam seminggu mama sambut 3 hari ni...
aku sungguh bangga tengok mama tempuh semua dugaan dalam hidup dia,
walaupun kehilangan tiga orang lelaki yang cukup bermakna dalam hidup dia,
dia tenang je melalui kehidupan,tak cepat melatah..
walaupun kehilangan bapa,abang, dan anak lelaki yang sulung,
mama tak pernah patah semangat,
aku berjanji dalam diri aku,
aku nak jadi setabah mama,dan sekuat mama,
doa dari anak mama ni,
semoga mama panjang umur dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh
Allah dunia akhirat..semoga mama dimurahkan rezaki dan sentisa berada di bawah
lembayung rahmatNYA..
sara SAYANG mama :)
alhamdulillah,syukur
terima kasih Allah,
Kau izinkan aku untuk merasakan kasih sayang mama hingga kini,
aku tahu ada orang yang kurang kasih sayang ibubapa mereka...
terima kasih kerana mengizinkan aku lahir di dunia ini..
Wassalam
No comments:
Post a Comment