aku baru tengok chelsea lawan bayern munich
final uefa champions league,
best!!
chelsea menang 4-3 on penalties lepas terikat 1-1,
aku sebenarnya minat bola dari kecik,
sejak arwah afiq beli jersi itali(even jersi uh ciplak nyer)
mama pernah tegur aku,
'macam lakila kau nih,bola ni selalu untuk laki la'
em...
sejak dari tu aku tak tunjuk sangat yang aku suka bola..
tapikan..tak taula kenapa tahun lepas aku semangat sangat tengok bola,
even kat asrama,aku sanggup telefon ayah,tanya pasal keputusan,
yang aku lagi bersemangat,bukan aku sorang jer,
ada lagi yang sekaki,sekepala ngan aku,
ada satu hari tu,
aku,syudud,tizam ngn nuzul gi bilik badar,
tengok bola,malam tu negeri sembilan lawan terengganu,
even yang tengok tu tak sampai 5 orang tapi bising nya...
Ya Allah, macam ramai jer..
sampaikan aku kena tegur oleh orang yang lalu lalang bilik tu...
ada lagi,
aku tengok perlawanan malaysia lawan indon,
final sukan asia kat bilik rehat,
ramai gakla dalam tu,tapi f5 jer la sebab tengah SPM,
menjerit-jerit tengok match tu..sampaikan ada kawan aku menangis sebab kena pulak masa
game tu, reff berat sebelah..
tapi yang pasti bilik tu sampai bising gila..
tetiba aku dapat mesej dari huda (pen ketua umum 2011),
dia cakap suara aku sampai kat blok g tu,suara budak perempuan dengar sampai dm,
apa lagi,aku cakap kat diorang 'perlahan sikit,huda dah tegur'
adoi...sampai macam tu sekali...:)
ada lagi,
aku ngan f5 len,tengok match malaysia lawan bahrain kat musolla,
(takleh bla betul,kat musolla plak tuh...)
time tengok tu,kawan aku ada cakap,
'hensemla mamat tu',
Allah...ni yang aku pantang ni,
nak tengok bola,orang tengok skill bukannya muka...
pastu aku tegurla..
'korang ni,kalau nak tengok bola,kalau takat tengok muka,baik tak payah'
pastu dorang senyap,dah tak dengar dah dorang puji mana2 mamat "hensem"
mama ada tegur yang aku ni asyik berjaga malam tengok bola,
disebabkan tu bil elektrik naik,
aku sengih jer...hehehehehehe..
tapi memang betol la,sebab bola,aku kadang2 tak tidur,
tapi kadang2 aku boleh qiam gak kalau aku bangun nak tengok bola..
:)
aku sebenarnya sedih sebab manchester united kalah epl,
dahlah sebab beza gol jer...
huhuhu~~
tapi papepun...
aku kene ingatkan diri aku,
aku tak nak disebabkan benda harus,perkara wajib,yang fardhu aku tinggalkan..
wassalam.
No comments:
Post a Comment